Mengapa Bayi Anda Harus Diberi Susu Ibu?
Susu ibu mengandungi segala khasiat yang diperlukan oleh bayi. Malah susu ibu juga merupakan imunisasi yang pertama untuk seseorang bayi, mudah dicerna dan sentiasa boleh diperolehi dengan suhu yang sesuai pada bila-bila masa.
Penyusuan ibu pada bulan-bulan awal selepas kelahiran boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan kecerdasan seseorang bayi.
Dengan menyusui bayi, ibu juga akan mendapat beberapa kebaikan. Penyusuan ibu dapat menjalinkan perhubungan rapat antara ibu dan anak. Ia juga membantu mengecutkan rahim ibu kepada saiz asal yang lebih cepat. Ramai ibu juga kembali kepada berat dan bentuk asal dengan lebih mudah. Anda juga boleh menghindari penyakit barah buah dada dan barah ovari. Penyusuan dengan susu ibu dapat menjimatkan masa dan belanja.
[Selamat menyambut hari penyusuan ibu sedunia 1-7 Ogos. Aku sangat menyokong kempen ini. Sehingga ke hari ini si kecil masih lagi menyusu badan!!!]
3 comments:
ooooooooo itu macam ka?
lu apa bikin sekarang?
hmmm..weols pun selalu susukan anak ikan oppppssss
art,
brape lama susukan anak ikan?
confirm la uols nanti x da kanser rahim!!!
Post a Comment