Aku suka gambar ini. Senyumnya manis sekali bukan????
Geraknya pantas. Hanya tuhan saja yang tahu. Pemerhati yang hebat dengan bulat matanya itu. Kadang-kadang berdetik di hati, tidak kah dia penat atau tak boleh diam walau seminit kah? Biarkan lah....asalkan tak merengek yang boleh buatkan aku resah dan tak senang duduk.
Oh ya...dah lama tak mengisi ruangan blog. Diam untuk seketika kerana tiada apa yang boleh diceritakan. Actually aku dah pening and mabuk seketika ketika mula-mula untuk cipta blog yang baru ini. Blog yang dahulu sudah aku hilangkan dari maya ini dengan bantuan sahabat (http://fakapunch.blogspot.com). Terima kasih!!! Terciptanya blog itu jua atas bantuan sahabat (http://sentuhanseni.blogspot.com). Terima kasih!!! Oleh kerana hati ini meronta-ronta jua mahukan blog, jadi aku cuba cipta sendiri tanpa bantuan sahabat. Kali ini mahu berdikari. Kalau tak cuba takkan tahu apa hasilnya, bukan? Dan hasilnya adalah apa yang telah tertera.....
So, sekarang aku puas hati kerana usaha aku untuk adakan blog ini telah berjaya. YES!!! hehehe...
No comments:
Post a Comment