Sekarang, sana-sini sibuk dengan teater. Macam-macam yang wujud. Yang terbaru Ibu Zain dan teater musikal Patriot, dipentaskan sempena Hari Kemerdekaan. Bukannya nak mengulas tentang pementasan-pementasan ini. Sebab aku sendiri tak punya masa untuk menjenguk. Maaf!!!
Dulu, memang banyak pementasan teater berlangsung. Cuma pelakon-pelakonnya tak pelbagai. Asyik-asyik muka yang sama. Dialah yang jadi hero, dialah jua yang jadi tukang lawan. Tak kurang jua, dialah akan mendokong watak jahat. Yang si lembut pun bisa bertukar jantan jika kudratnya diperlukan. Bukannya gila watak. Tapi dah tak ada siapa yang layak!!! They did it because of the passion towards performance arts yang sememangnya pada tahap dewa. Sesungguhnya mereka jua punya bakat. Cerita yang dipentaskan pun macam-macam. Dari satu idea ke satu idea. Tak putus-putus bak air. Bicara tentang budget, itu bergantung la... Kalau budget besar, productionnya pun hebat la. Kalau ciput, ciputla... Tapi tak bermakna tak hebat hasilnya!!!
Setelah kejayaan Puteri Gunung Ledang dan P.Ramle the musical di Istana Budaya, ramai yang buka mata tentang keindahan teater. Maka, ramailah yang mengintai peluang dan memasang angan untuk beraksi dipentas menjadi pelakon. Banyaklah bakat-bakat baru yang terpendam tercungkil. Nak jadi hero, heroin, paling tidak jadi pak pacak. Semuanya sanggup!!! Kalau tak dapat ucap dialog panjang-panjang, yang sepatah dua pun boleh. Itu pun dah dikira hebat lah...Tak salah semuanya tu. Ia menjadi satu fenomena yang baik. Satu anjakan telah belangsung dalam bidang teater masa kini.
Tapi yang tak syoknya... nak terlibat dalam teater ni sebab nak berlakon jer. Yang lain-lain tak mau buat. Tak mau jadi krew atau balaci, kata orang. Tak mau buat benda-benda belakang tabir. Sebabnya tak glamer!!!
Pasti mereka tak tahu bahawa masuk ke dalam bidang teater ni bukannya senang. Terutamanya, bukannya senang untuk dapat peluang duduk kat atas pentas tuh dan ucap dialog. Sebelum aku dapat jadi pelakon, aku duduk belakang tabir la. Belajar macam-macam. Dari kena buat set, jaga mekap dan kostum, keluar masuk pelakon hinggalah ke audio dan panjat-panjat untuk setting lampu. Memang balaci habis!!! Kalau silap, kena sumpah seranah dek pengarah (thanx to Mislina Mustaffa and Nizam Bahari. Dari diorang aku belaja tentang selok belok teater ni. Kalau tak kerana sumpah seranah mereka, pastinya aku masih gugup dan hanya berdiri terpacak di atas pentas). Kebanyakan pelakon-pelakon teater yang aku kenal (teman-teman sendiri) punyai bakat yang pelbagai. Multiskills. Yang jadi hero, tu la yang buat set. Kesian jua sebab mereka yang berlakon kena buat setting lampu sendiri. Kadang-kadang si heroin kena mekap dan jaga baju mereka tanpa bantuan.
Aku pernah cakap dengan beberapa orang yang punyai kemahuan untuk sertai bidang ini. Kalau nak glamer, pergi sahaja casting untuk mana-mana program tv. Berlakon tv lagi senang berbanding teater. Berlakon tv boleh edit-edit kalau salah. Tapi teater langsung tiada maaf. Kalau salah, ia tetap dipertontonkan. Samada dapat dikawal ataupun tidak. It’s a live show man!!! Bukannya nak menghalang mereka. Tapi mereka perlu sedar tentang realitinya. Bidang ini jauh beza dari industri perfileman yang mana kau akan dilimpahi dengan lensa-lensa kamera dan lantas kau akan jadi selebriti jua penghias muka depan majalah. Tidak!!! Bidang ini berpaksikan minat dan kerja keras. Selama aku terlibat dan semua yang aku kenal dan terlibat sama, rata-ratanya punyai minat yang mendalam dan kerja keras. Masa yang terbuang, tak payah cerita lah. Kalau siang bekerja, malam pula sibuk dengan latihan-latihan teater. Terkejar sana sini. Tak pernah kenal erti penat curah keringat mahupun idea. Mahu lakukan yang terbaik, jua antara perasaan yang menjadi penentu tehadap kejayaan mereka selama ini.
Setiap apa yang telah tertulis di atas merupakan cebisan dari pendapat aku melalui pengalaman selama terlibat bertahun-tahun dalam bidang ini. Tentunya kecintaan terhadap bidang ini sudah ada dalam darahku dan sukar untuk dilupuskan. Moga ada lagi ruang dan peluang untuk aku menabur keringat dan idea terhadap bidang ini.
Jika ada yang tersentuh hati, maafkan lah. Aku tak berniat untuk guris hati sesiapa. Buat yang masih meneruskan perjuangan mereka dalam bidang ini, aku menyokong usaha-usaha itu. Tahniah buat mereka yang telah berjerih payah atas keringat,masa mahupun idea yang dicurahkan semata-mata TEATER.
No comments:
Post a Comment