Sejak akhir-akhir ini aku kerap ber YM dengan dua sahabat seuniversiti dahulu. Sahabat yang aku kira tahu akan manis dan pahit kehidupan aku. Banyak yang diceritakan. Cerita tentang perkembangan masing-masing. Cerita tentang perkembangan teman-teman lain jua. Ada yang dah berkahwin. Ada yang baru pregnant, dah bersalin dan macam-macam lagi. Aku terasa seperti sudah jauh dengan teman-teman itu. Mungkin mereka pun dah tak mengenali aku. Tak apa la.... Keadaan sudah tak sama macam dulu. Masing-masing sudah ada komitmen masing-masing. Haluan hidup manusia berubah. Dengan segala pengalaman hidup yang telah aku lalui ditambah pula dengan info-info dari sahabat-sahabat ini, aku percaya bahawa tuhan telah menetapkan rezeki manusia, masing-masing. Aku percayakan qada' dan qadar hidup. Percaya dengan segala apa yang telah berlaku punya rahmat di sebaliknya. Percaya bahawa tanpa kesilapan tiadalah kehidupan.Aku jua sempat minta foto-foto perkahwinan sahabat. Maaf sahabat kerana aku tak dapat penuhi permintaan mu untuk hadir. Aku akan sentiasa mendoakan kebahagian kalian. Aku hanya mampu tumpang gembira... Moga satu hari nanti kita akan bisa bertemu!!!
Oh ya... buat sahabat ini, kau sangat cantik dan manis sekali!!!

No comments:
Post a Comment